Sunday, March 20, 2011

MauT akibat ReNjataN Elektrik

Kuala Lumpur, hari ini terjadi suatu kejadian yang menyayat hati, dimana seorang kanak-kanak maut akibat terkena renjatan elektrik dari sebatang tiang lampu jalan. Kejadian ini berlaku ketika dia sedang bermain di padang berhampiran rumahnya, di Taman Batu 3, Shah Alam, pada petang semalam. Menurut bapanya Mohd Marzuki Muda, 44, anaknya Muhammad Naquiddin, 11, tengah bermain bola sepak bersama rakan-rakannya di padang tersebut."Tiba-tiba dalam pukul 6.50 petang, kawan-kawan Naqiuddin datang ke rumah beritahu yang anak saya terkena renjatan elektrik," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini hari ini. Bapa kepada mangsa tersebut terus membawa anaknya ke Hospital Pakar KPJ, Shah Alam. Menurutnya semasa berada di hospital tersebut doktor cuba memberikan bantuan 'CPR' namun anaknya tetap gagal diselamatkan. 
Takziah kepada keluarga mangsa.

Sumber: Berita Harian 

2 comments:

Yuslia Suhana said...

Kesiannya...:(

putERi-kAtEk said...

kesiannya kat adik tu....

al-fatihah