Thursday, January 27, 2011

menuju kebahagiaan....

Ilmu adalah pendamping dalam kesendirian,
kawan dalam keterasingan, pengiring di
kala sepi, penunjuk kepada jalan kebenaran,
penolong dalam kesempitan, dan tabungan
kebaikan untuk kehidupan setelah mati.

Bepergian dari satu tempat ke tempat yang
lain tidak akan membahagiakanmu selama
kamu tetap membawa kesedihan dalam hatimu.
Oleh itu, campakkanlah kegelisahan dari relung-
relung hatimu dan isilah dengan kegembiraan.

Orang yang bahagia adalah yang dapat
melupakan hal-hal yang tidak mungkin dapat
diperbaiki atau diluruskan kembali, juga
yang selalu mengingat kebaikan sebaliknya
melupakan kejahatan orang lain terhadapnya.

Monday, January 24, 2011

Memang dalam jangkaan...

Entry kali ni ri nk citer pasal badminton Terbuka Malaysia..Hari ni telah membuktikan Datuk Lee Chong Wei mmg seorg yg sgt tenang dari segi mentalitinya kerana dengan gayanyer yg sangat tenang dan bergaya menewaskan Pemain Indonesia Taufik Hidayat dengan 21-8 dan 21-17 menang straight game....Tahniah bt pemain no. 1 dunia Datuk Lee Chong Wei semoga dapat mengekalkan prestasi baiknya dan semoga beliau berjaya merangkul 3 lagi kejohanan yg diidamkan tahun ini iaitu  Kejohanan Premier Korea Siri Super, All-England dan Kejohanan Dunia BWF. Termasuk kemenangan kali ini beliau telah mencapai gelaran ketujuh Terbuka Malaysia. Malam ni beliau telah berangkat ke Korea untuk kejohanan Premier KOrea Siri Super itu, Semoga beliau berjaya. Chiyok-chiyok. :). Semoga Negara kita dapat melahirkan lebih ramai pemain badminton remaja yg dapat bermain seperti Datuk Lee Chong Wei.

Saturday, January 22, 2011

Muhasabah Diri.

Bersama air mata pasti ada senyuman.
Bersama kesedihan ada kegembiraan.
Bersama cubaan dan musibah ada anugerah.
Semuanya telah merupakan ketentuan yang pasti
dan prinsip hidup yang digariskan Allah s.w.t.

Jauhilah sifat cemas dan bimbang
kerana ia adalah racun. Hindari sifat
mudah menyerah kerana ia kebinasan.
Buanglah jauh-jauh sifat malas kerana ia
membawa kepada kegagalan. Hindari
sifat tidak iltizam, baik dalam berkata
mahupun berbuat sesuatu kerana sesungguhnya
ia bersumber dari rendahnya kawalan diri.

Tuesday, January 11, 2011

Dah lama Lady Yellow x BW n update blog ni...
kecian blog ni..Lady yellow kena demam agak teruk ckit n skrg baru baik ckit..tambah2 ag line internet mmg slow sgt2...
nk update blog  n nk BW pun xleh...
sori yerr kawan2