Rasa aman adalah tempat berpijak yang
paling kukuh dan kesihatan adalah perisai
yang paling utama. Ilmu pengetahuan
adalah makanan yang paling lazat, cinta
adalah ubat yang paling mujarab, sedangkan
pakaian yang menutup aurat adalah
pembalut tubuh yang paling indah.
Jika engkau memohon atau mengadukan
keadaanmu kepada Allah s.w.t. dalam
sujud-sujudmu maka sampaikanlah dengan
suara perlahan kerana sesungguhnya Ia
Maha Mendengar dan Maha Mengetahui
segala yang tersamar. Jangan perdengarkan
permintaanmu itu kepada orang lain
di sampingmu. Sesungguhnya kecintaan
ditandai dengan kerahsiaan sementara
manusia bersifat iri lagi dengaki.
Jika suatu saat fikiranmu diliputi kekalutan,
atau hatimu dibayangi kesedihan, atau keluarga
dan hartamu meninggalkanmu maka jangan
sekali-kali merasa putus asa kerana
Allah s.w.t. telah mempersiapkan di
sebalik itu kebaikan yang banyak bagimu.
1 comment:
Sangat betul.. Allah sentiasa mendengar hamba-Nya..
Jangan menangisi apa yag telah pergi kerana Allah menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk hamba²-Nya..
Post a Comment