Wednesday, February 1, 2017

Assalamualaikum sahabat blogger dan followers semua... 😃😃



Lamanye rasa blog LADY YELLOW ni menyepi tanpa khabar berita .....
dh brapa tahun agaknya menyepi ye.....
Maaf ye sahabat semua...kita menyepi sbb kesibukan yg xmengizinkan kita untk berblogger...

Apa khabar ye semua shbt dan follwers Lady Yellow....say hi ckit shbt semua 😃😃😃

Lady yellow nk tgk ada lgi x sahabt yg msh setia ngn blog ni....

Sunday, April 7, 2013

Sesuatu yang diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan, tetapi apa yang tidak diduga selalu berlaku dengan tiba-tiba, biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam, tetapi janganlah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan dan kesenangan yang kita nikmati sekarang belum pasti kekal selamanya.


Kelmarin memberikan pengalaman dalam setiap inci langkah kita, semalam adalah teladan serta pengajaran, dan untuk menghadapi hari esok, jadikanlah kelmarin dan semalam sebagai pedoman untuk menerokai sebuah kehidupan.

Wednesday, January 16, 2013

Pedoman Hidup.


Jika kesedihan anda semakin menjadi-jadi, penderitaan semakin teruk, ucaplah, “la ilahaillallah.” “Maka kesabaran itu adalah yang terbaik (bagiku).”

Allah suka kepada orang-orang yang bertaubat, kerana mereka kembali dan mengadu hanya kepada-Nya. “Segala puji adalah kepunyaan Allah yang telah melenyapkan dukacitaku.”

Sunday, August 12, 2012


SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI
ORANG YANG KITA CINTAI,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
KITA AKAN TURUT MENCINTAI
ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.

YA ALLAH,
ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN
OLEH-MU KEPADAKU,
MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH
KERANA-MU,
DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,
CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.

NAMUN,
ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,
BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,
YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.

YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH CINTA,
CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.

YA MUHAIMIN,
JIKA AKU JATUH CINTA,
JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.

YA RABBANA,
JIKA AKU JATUH HATI,
JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.

YA RABBUL IZZATI,
JIKA AKU RINDU,
RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.

YA ALLAH,
JIKA AKU RINDU,
JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU.

YA ALLAH,
JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,
JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU

YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,
JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.

YA ALLAH,
JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,
JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU.

THANKS 2
LAMAN NURANI


Sunday, June 17, 2012

JADilaH DiRi SenDiRi

Ikhlaslah jadi diri sendiri, agar hidup kita penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan, ibarat buih-buih sabun, bila-bila masa akan pecah...jangan disebabkan owg lain, kita mengubah diri kita, yang akhirnyer kadang-kadang membawa kebahagian dan boleh membawa kedukaan.. biarlah owg mengenali diri kita sebagai diri kita yang sebenar tidak perlu kita mengubah diri kita atau mengubah owg lain menjadi seperti yang kita ingin kan. sesungguhnyer itu lebih membahagiakan.