Sunday, March 20, 2011

MauT akibat ReNjataN Elektrik

Kuala Lumpur, hari ini terjadi suatu kejadian yang menyayat hati, dimana seorang kanak-kanak maut akibat terkena renjatan elektrik dari sebatang tiang lampu jalan. Kejadian ini berlaku ketika dia sedang bermain di padang berhampiran rumahnya, di Taman Batu 3, Shah Alam, pada petang semalam. Menurut bapanya Mohd Marzuki Muda, 44, anaknya Muhammad Naquiddin, 11, tengah bermain bola sepak bersama rakan-rakannya di padang tersebut."Tiba-tiba dalam pukul 6.50 petang, kawan-kawan Naqiuddin datang ke rumah beritahu yang anak saya terkena renjatan elektrik," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini hari ini. Bapa kepada mangsa tersebut terus membawa anaknya ke Hospital Pakar KPJ, Shah Alam. Menurutnya semasa berada di hospital tersebut doktor cuba memberikan bantuan 'CPR' namun anaknya tetap gagal diselamatkan. 
Takziah kepada keluarga mangsa.

Sumber: Berita Harian 

Saturday, March 19, 2011

KeRinDuaN

Rindu itu satu kesakitan yang xmungkin 
dapat diluahkan dengan kata-kata.
Mencintai dan menyayangi 
bukan bererti memiliki.

Friday, March 18, 2011

Miss My FaMiLy

Dah beberapa bulan berlalu..aku berada di perantauan owg, jauh dari family telah membuatkan kerinduanku pada family semakin membuak2. Rindunyer kat my family...especially my mom and my younger sister. aku paling rapat ngn adik bongsuku..kemana aku pergi, aku mesti bersamanya...tapi demi menuntut ilmu aku terpaksa berpisah buat sementara waktu ngn owg yg tersyg...hati ini terasa ingin berjumpa dengan mereka.. dgn hanya menatap gambar dan menghubungi mereka dapat membantu aku melepaskan kerinduan pada mereka...
aku juga merindui adikku yg dh hampir 3 tahun tidak bertemu..kerana masa yg memisahkan kami...dia bz dengan keje manakala aku bz ngn study...tahun ini merupakan tahun terakhir aku di bumi sintok..selepas ini aku harap aku ada peluang untuk berjumpa dan bersembang ngn adik aku yg sentiasa bz dengn kejenya...




Wednesday, March 16, 2011

BuSy???

Anda pernah bz sgt2 x? smpai xsempat nk makan...mkn xteratur, tido xckp, smpai mata jadi mata panda..hehhehe. Owg pernah ckap bz mcm mn pun mesti makan gak, mesti ada masa untuk makan kan, tapikan bila bz sgt2 kita rs lapar tapi xada selera nk makan..selagi xciap keje mmg xada selera nk mkn....
Ni tiba2 sy ckp pasal bz ni nak bagitau la sem ni mmg sem yg paling bz sy rs...sem ni byk sgt kena buat report, semua subjek ada report bukan satu untuk satu subjek lak 2...bykkkkk report kena buat...dh la sy ni xberapa pandai ckit la dlm bi ni..hhehehhe..
tapi nak buat mcm mn kan dh lumrahnyer seorg pelajar, mesti byk keje kena buat punya..lau x, 2 bknnyer student kan...sem ni mata dh jd mata panda..xcomel dh mata..hahhaha perasan jer...
walaupun bz kan, sempat ag 2 update blog ngan blogwalking...sj jer nak lepas tension ngn berblogging...sori pada kawan2 blog, yg sy xada komen apa2 pun..sy cm sempat bg komen sesetengah jer...nk komen semua, maknanyer xciap la keje kan..

Saya harap kawan2 terus sokong sy... 

Monday, March 14, 2011

NiKah DatuK 'KaCak'

Nikah datuk 'kacak' apa yg korang bayang bila terbaca tajuk entry sy ni..hehhee...
Berita pasal ni sy terbaca kat Metro Online, nampak jer tajuk dia mcm menarik jer. Kes ni berlaku kat Kulim, Kedah. Seorang remaja 18 tahun berkahwin dengan seorang lelaki berusia 63 tahun yang sudah berstatus 'datuk' yang mempunyai cucu. Al kisahnya mcm ni..ni cilok dari metro yer...

Dengan menggunakan umpan tersalah mendail nombor telefon, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun melalui detik mencemaskan apabila mendakwa dinikahkan dengan pemilik nombor telefon berkenaan dalam tempoh perkenalan hanya kira-kira lima bulan. 
Lebih mengejutkan, ‘suami’ yang mendakwa lelaki kacak berusia 30 tahun dan bekerja sebagai pegawai bank itu seorang datuk berusia 63 tahun yang juga penoreh getah. 
Bagaimanapun, remaja itu yang bekerja di sebuah pasar raya, dekat sini, ‘bernasib baik’ kerana ketika dinikahkan kononnya di sebuah pejabat agama di Thailand, dia dalam keadaan ‘uzur’ menyebabkan suaminya terpaksa menyimpan hajat menjamah tubuh gadis itu untuk sementara waktu. 
Begitupun, selepas empat hari bernikah, remaja terbabit menyatakan hasrat berpisah dengan suaminya sebelum membuat laporan polis dan jabatan agama. Ketika mendedahkan pengalamannya, remaja yang mahu dikenali sebagai Lis berkata, dia berkenalan dengan warga emas terbabit Oktober lalu apabila lelaki itu mendakwa tersilap mendial nombor telefonnya. 
Bermula saat itu, katanya, lelaki terbabit kerap menghantar SMS serta berbual dengannya walaupun mereka tidak pernah berjumpa. Menurutnya, sejak berkenalan, lelaki itu kerap menambah nilai kredit telefon bimbitnya selain memasukkan wang ke akaun adiknya untuk kegunaan termasuk membeli-belah.
“Dia kerap tambah nilai telefon saya selain memasukkan wang ke dalam akaun adik untuk kegunaan saya dan memberitahu dia berusia 30-an, masih bujang dan bekerja sebagai pegawai bank. “Beberapa minggu lalu, kami membuat keputusan untuk berjumpa di stesen bas dekat sini. Sebaik saya tiba, lelaki itu bersama rakannya membawa saya ke Thailand untuk bernikah,” katanya. Lis berkata, selepas empat hari bernikah dia berasa tidak sedap hati sebelum meluahkan hasrat tidak puas hati terhadap perkahwinannya dan minta berpisah.
 “Saya bingung bagaimana proses pernikahan itu berlaku dan kerana tidak puas hati saya membuat laporan di Balai Polis Kulim kerana rasa tertipu dan mungkin dipukau,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Kulim pada 7 Mac lalu.  
Sementara itu, lelaki terbabit yang enggan dikenali berkata, dia tertarik dengan remaja itu yang pandai mengambil hati selain suka mendengar suaranya.Menurutnya, sepanjang proses pernikahan dengan remaja itu, tidak berlaku sebarang paksaan, malah semua dokumen berkaitan ada dalam simpanannya.
 “Saya menikahinya di Thailand dan memiliki semua dokumen yang diperlukan, malah ketika bernikah tidak berlaku sebarang paksaan. “Sejak menikahinya kami tidak pernah bersama kerana dia datang bulan,” katanya.
Warga emas itu berkata, dia mempunyai anak berusia tujuh bulan hingga 30 tahun dan remaja itu isteri keduanya. Menurutnya, dia sudah bernikah empat kali, tetapi tidak kekal lama dan bercerai. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh, berkata pihaknya menyerahkan kepada Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) untuk memastikan kesahihan status perkahwinan pasangan itu. Sementara itu, jurucakap PADK berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut sebelum mengambil tindakan susulan.


wah panjangnyer entry sy kali ni..ni gara2 cilok dr metro..2 yg leh jd panjang hehhehe...harap2 korg rajin nk bc entry pjng2 ni