Monday, March 14, 2011

NiKah DatuK 'KaCak'

Nikah datuk 'kacak' apa yg korang bayang bila terbaca tajuk entry sy ni..hehhee...
Berita pasal ni sy terbaca kat Metro Online, nampak jer tajuk dia mcm menarik jer. Kes ni berlaku kat Kulim, Kedah. Seorang remaja 18 tahun berkahwin dengan seorang lelaki berusia 63 tahun yang sudah berstatus 'datuk' yang mempunyai cucu. Al kisahnya mcm ni..ni cilok dari metro yer...

Dengan menggunakan umpan tersalah mendail nombor telefon, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun melalui detik mencemaskan apabila mendakwa dinikahkan dengan pemilik nombor telefon berkenaan dalam tempoh perkenalan hanya kira-kira lima bulan. 
Lebih mengejutkan, ‘suami’ yang mendakwa lelaki kacak berusia 30 tahun dan bekerja sebagai pegawai bank itu seorang datuk berusia 63 tahun yang juga penoreh getah. 
Bagaimanapun, remaja itu yang bekerja di sebuah pasar raya, dekat sini, ‘bernasib baik’ kerana ketika dinikahkan kononnya di sebuah pejabat agama di Thailand, dia dalam keadaan ‘uzur’ menyebabkan suaminya terpaksa menyimpan hajat menjamah tubuh gadis itu untuk sementara waktu. 
Begitupun, selepas empat hari bernikah, remaja terbabit menyatakan hasrat berpisah dengan suaminya sebelum membuat laporan polis dan jabatan agama. Ketika mendedahkan pengalamannya, remaja yang mahu dikenali sebagai Lis berkata, dia berkenalan dengan warga emas terbabit Oktober lalu apabila lelaki itu mendakwa tersilap mendial nombor telefonnya. 
Bermula saat itu, katanya, lelaki terbabit kerap menghantar SMS serta berbual dengannya walaupun mereka tidak pernah berjumpa. Menurutnya, sejak berkenalan, lelaki itu kerap menambah nilai kredit telefon bimbitnya selain memasukkan wang ke akaun adiknya untuk kegunaan termasuk membeli-belah.
“Dia kerap tambah nilai telefon saya selain memasukkan wang ke dalam akaun adik untuk kegunaan saya dan memberitahu dia berusia 30-an, masih bujang dan bekerja sebagai pegawai bank. “Beberapa minggu lalu, kami membuat keputusan untuk berjumpa di stesen bas dekat sini. Sebaik saya tiba, lelaki itu bersama rakannya membawa saya ke Thailand untuk bernikah,” katanya. Lis berkata, selepas empat hari bernikah dia berasa tidak sedap hati sebelum meluahkan hasrat tidak puas hati terhadap perkahwinannya dan minta berpisah.
 “Saya bingung bagaimana proses pernikahan itu berlaku dan kerana tidak puas hati saya membuat laporan di Balai Polis Kulim kerana rasa tertipu dan mungkin dipukau,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Kulim pada 7 Mac lalu.  
Sementara itu, lelaki terbabit yang enggan dikenali berkata, dia tertarik dengan remaja itu yang pandai mengambil hati selain suka mendengar suaranya.Menurutnya, sepanjang proses pernikahan dengan remaja itu, tidak berlaku sebarang paksaan, malah semua dokumen berkaitan ada dalam simpanannya.
 “Saya menikahinya di Thailand dan memiliki semua dokumen yang diperlukan, malah ketika bernikah tidak berlaku sebarang paksaan. “Sejak menikahinya kami tidak pernah bersama kerana dia datang bulan,” katanya.
Warga emas itu berkata, dia mempunyai anak berusia tujuh bulan hingga 30 tahun dan remaja itu isteri keduanya. Menurutnya, dia sudah bernikah empat kali, tetapi tidak kekal lama dan bercerai. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh, berkata pihaknya menyerahkan kepada Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) untuk memastikan kesahihan status perkahwinan pasangan itu. Sementara itu, jurucakap PADK berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut sebelum mengambil tindakan susulan.


wah panjangnyer entry sy kali ni..ni gara2 cilok dr metro..2 yg leh jd panjang hehhehe...harap2 korg rajin nk bc entry pjng2 ni

JaGuh MaLaySia

Akhirnya Lin Dan tumpas sekali lagi di tangan Datuk Lee Chong Wei. Lee Chong Wei dengan gahnya mempertahankan kejuaraannya dlm kejuaraan berprestij All England. Lee Chong Wei berjaya menundukkan musuh tradisinya dengan straight set 21-17, 21-17 dalam tempuh 52 minit di Birmingham. 

Sunday, March 13, 2011

Maher Zain - InsyaAllah versi MelaYu

Hari ni xtau nk update nak buat entry pasal apa, tetiba dgr lagu Maher Zain InsyaAllah . Lagu ni best sgt. suka dgr lagu-lagu Maher Zain, semua lagu dia best-best. Lagu ni buat sy lebih semangat dan dapat menyedarkan kita tentang adanya Allah yang sentiasa bersama kita. Allah Maha Pemaaf dan akan membantu kita, selagi kita sentiasa igt kepada-Nya.



Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

InsyaAllah (3Kali)
Ada Jalannya
InsyaAllah (3Kali)
Ada Jalannya

Andainya kisahmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiran mu

Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

InsyaAllah (3kali)
Ada jalannya
InsyaAllah (3Kali)
Ada jalannya

Kembalilah kepada yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
oooo.. Ya Allah
Hindarilah daku dari tersasar
Tunjukan daku
jalan yang benar..(4kali)

Friday, March 11, 2011

Tsunami dan gempa bumi melanda jepun.

Jepun merupakan salah st negara yg menjadi tempat pelanncongan yg sy ign lawati...tapi hari ni merupakan hari bersejarah bagi negara jepun apabila berlakunyer tsunami dan gempa bumi. Di tokyo, jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9M dan mengakibatkan berlakunyer tsunami setinggi 4meter . Tsunami ini telah menghanyutkan kereta, kapal, bot dan juga telah meruntuhkan bangunan sepanjang perairan dekat pusat gempa bumi. Gempa bumi ni baru jer berlaku dalam kul 2.46 ptg hari ini...

sedihnyer apa yg jadi kat jepun...

Saturday, March 5, 2011

CiNta SeMpurNa

Cinta itu datang dalam berbagai-bagai jenis rasa dan perasaan. Ada cinta untuk duniawi, ada cinta untuk harta benda, ada cinta sesama insan dan ada juga yang dinamakan cinta buta. Tetapi hanya satu cinta sahaja yang kekal dari dulu sehingga sekarang....cinta kepada Yang Maha Esa, tidak ada cinta yang lebih sempurna dari cinta kita kepada-Nya.

Kita cintailah orang tersayang kerana Allah bukan kerana duniawi semata-mata.